Rekanbola – Lu Mafia Gua Gangster ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2016 arahan Krishna Roy ditulis oleh Epy Kodiang. Filem ini merupakan filem sulung Kumpulan Zero sebagai watak utama.

 

លទ្ធផល​រូបភាព​សម្រាប់ pemain Lu Mafia Gua Gangster

 

Baca Juga : Ini Yang Buat Adipati & Vanesha Prescilla Menangis Di Premiere ‘Teman Tapi Menikah’

Filem ini mengisahkan tentang Amir dan Rosham yang bekerja di sebuah tempat pelupusan sampah di Johor. Sementara itu, Megat adalah penjaga tapak pelupusan itu. Setiap daripada mereka mempunyai impian dan angan-angan tinggi melangit.

Amir ingin bergelar seorang pelumba kereta terhandal di dunia. Manakala Rosham selalu bermimpi untuk menjadi seorang actor hebat seperti idolanya Datuk Rosyam Nor. Dan terakhir Megat mengidamkan untuk menjadi orang yang kaya dan berpengaruh. Sementara itu, King dan Kong merupakan dua mafia yang digeruni di daerah sama. King dan Kong adalah kawan rapat sejak kecil lagi dan rakan bisnes.

Pada satu pertemuan dengan pembeli berlian di sebuah restoran, King terpaksa menyorokkan kotak berlian itu selepas mendapati pihak polis turut memasuki premis yang sama. selepas pasukan polis beredar, King cuba untuk mengambil semula berlian itu. Dan tanpa disengajakan, Amir terjumpa kotak berisi berlian itu sekali gus menjadikan empunya diri termasuk rakan lain sebagai sasaran King, Kong dan konconya.

រូបភាពពាក់ព័ន្ធ

Pelakon utama

  • Atu Zero sebagai Amir
  • Syaiful Zero sebagai Rosham
  • Sharif Zero sebagai Megat
  • Datuk Jalaluddin Hassan sebagai King
  • Zack Taipan sebagai Kong
  • A. Galak sebagai Inspektor
  • Along Eyzendy sebagai Kenji
  • Shira Saad sebagai Ros
  • Azlee Senario sebagai Doktor

Penampilan khas

  • Syanie Hisham
  • Zaibo sebagai Tuan Direktor

Penerbitan

Lu Mafia Gua Gangster diterbitkan oleh Red Fires Film Production dan RJ Future Films Sdn Bhd, merupakan filem komedi sulung arahan Krishna Roy dan filem bahasa Melayu ketiga arahannya selepas Aku Akan Muncul dan Apa Tengok-Tengok. Penggambaran filem ini dijalankan selama 28 hari di Johor Bahru dan Kuala Lumpur dan menelan belanja sebanyak RM1.5 juta, filem ini turut menjalani proses suntingan di Mumbai, India.

Menurut Krishna, filem ini dibuat khas untuk Zero selepas kali pertama melihat penampilan mereka dalam Maharaja Lawak Mega 2014. Beliau berkata: “Sebelum memilih Zero, kami bercadang mengambil Zizan Razak. Suatu hari secara kebetulan saya menonton program itu dan tertarik dengan persembahan dan penampilan Zero. Saya lebih tertarik dengan cara mereka dan berbincang semula. Pada masa sama, tidak sangka pula mereka muncul juara. Jadi, kami tidak mengambil masa lama untuk menawarkan projek ini kepada mereka. Apa yang boleh saya katakan, filem ini memang didedikasikan khas untuk mereka. Walaupun jalan ceritanya tiada kaitan dengan mereka, tetapi penampilan mereka sebagai watak utama itu yang penting,”.

Beliau yang juga cucu kepada pengarah L. Krishnan yang popular dengan filem-filem P. Ramlee ini juga mengakui yang dia menyambung pengajian dalam bidang perfileman selama tiga tahun dan pernah menjadi kru untuk memantapkan lagi bakat pengarahan.

full movie nya silahkan klik link berikut ini :
(Sumber : minion99.com)